Thursday, 30 October 2014

Diet oooiii

Assalamualaikum,.....

Lama tak menghupdate kat blog ni,..Al-maklumlah aku tgh busy praktikal. sedar tak sedar dah nak abes dah praktikal pun,... byk benda baru yang aku belajar kat tempat tu,..Klu tanya best kat aku???emmmm besa2 ja,...ala adatlaaa klu jadik budak praktikal,...

Tapi bukan tu yang cuba aku nak bagitau,...hahaha yang aku nak bagitau adalah berkaitan dengan salah satu diet yang boleh dikatakan popular la sekarang ni iaitu DIET ATKINS.. yang mana atkins ni diet dia tak boleh ambik benda karbohidrat macam nasi (ofkoz la kan), spaghetti (even karbo rendah tetap x bleh) apatah lagi mee, bihun, ko teaw,dan seangkatan dgn sia laaahh,... kemudia benda bertepung macam kueh-mueh, kek, roti, dan segala yang bertepung dan beryis perlu dielakkan. haaahhh nak makan apa??? ok satu lagi gula TIDAK BOLEH SAMA SEKALI. sbb gula ni terlalu cepat menyebabkan kita gemuk. sat gi aku attach apa yang boleh n tak boleh.

Ok yang keterangan diatas tu adalah dalam Fasa Induction atau fasa permulaan bagi beginner mcam aku. ianya dibuat dalam masa 2 minggu dan klu belum mencapai berat badan yang nak tu boleh terus sehingga 6 bulan atau lama mana laaa yang kita suka.

haaaa lagi satu segala jenis buah, benda berubi mcam kentang dan sewaktu dengannya adalah dilarang ok. 

Aku buat dlu masa sem last kat u seriusly mmg berkesan tp bila dok kat umah then time keja mmg susah sket....ye laaa klu kat u mmg aku kais pagi makan pagi, kais petang makan petang...dok umah tu macam kata laaa,...tapi aku tetap nasik tu cam seminggu sekali jaa la nii tu pun siket ja buat merasa,...tapi aku nak memang nak mula balik tapi aku perlukan kekuatan,....JOM la kita sama2 berdiet sbb niat aku nak sihat, nak cergas....InshaAllah


Semasa 2 Minggu Induction:
1.) Elakkan nasi, mi, mihun, laksa, laksang, spagetti, fettucini, vermicelli, kuew tiau dan yang sebangsa dengannya.
2.) Elakkan Roti, roti berserat, roti bun, roti boy, roti canai, roti jala, roti bakar, roti pastries dan apa-apa yang sebangsa dengannya.
3.) Elakkan Gula - gula pasir, gula melaka, gula merah, madu, gula-gula dan apa-apa yang bergula tinggi.
4.) Elakkan Buah-buahan (lepas 2 minggu baru makan berpada-pada).
5.) Elakkan minuman bergula, jus buah-buahan, air bergas (coke, Pepsi, 100plus, etc), kurangkan pengambilan kopi!
6.) Elakkan snek seperti Twisties, biskut manis, nachos, popcorn, jeruk manis.
7.) Elakkan segala bentuk kacang untuk 2 minggu.
8.) Elakkan makanan berproses seperti kentang goreng, bebola ikan, bebola sotong.
9.) Elakkan makanan bertepung seperti kek, biskut, kuih-muih.
Boleh Makan:
1.) Ayam - panggang, steam, bakar, sup, satay, digoreng tanpa tepung.
2.) Semua ikan - sama macam ayam, boleh grill, steam, goreng tanpa tepung. Tak kira ikan salmon, pari, tenggiri, terubok, ikan bilis.
3.) Semua daging - rusa, lembu, kambing - buat steak, satay grill, sup ekor, daging bakar, disalai... asalkan halal.
4.) Udang - bakar, tomyam, goreng dengan cili boh. Elakkan sotong kerana karbohidrat tinggi.
5.) Sayur, terutamanya sayur hijau. Kurangkan lobak merah, elakkan kentang. Lagi hijau, lagi bagus, macam sawi, bayam, salad, timun.
6.) Keju jenis cheddar, mozarella, parmesan. Limit kepada 2-3 keping sehari.
7.) Air kosong, air mineral -minum 8 gelas atau lebih sehari untuk elakkan sembelit.
8.) Burger? Buang roti bun atas dan bawah, makan daging burger dengan sayur dan mayonis kat dalam je...
9.) Pizza? Makan topping sahaja.
10.) Makan supplement dan vitamin seperti spirullina dan multi-vitamins untuk menambahkan lagi tenaga dan kuatkan daya ketahanan badan.


haaa telur mmg penting sebab dia bagi tenaga,...makan la nk makan satu tray sehari pun,..tapi kena pandai2 la buat resepi kan takkan la nak makan telor rebus hari2 kan x syok la,..jadi pelbagaikan laa...




tu terang-terangan laaa x boleh makan benda yang berkarbo,...jelaskan rujuk kat atas yang boleh makan n tak boleh makan.



ya laaaa kena geleng kepala kata x mau,...huhuhu



ya memang betul,...kata-kata ni mmg mendalam bukan sahaja utk nak diet ja tapi untuk kehidupan kita,..kita tak boleh mengalah dan cuba untuk belajar susah dan InshaAllah ada jalan kesenangan buat kita. 

ok teh hijau jgan lupa minum sbb memng byk khasiat dia,...yang tu aku cerita time lain laa sat gi ampa x larat nak baca pulak...alaaaa google kan adooo,... teh hijau ni aku minum sebelum tidoq n setiap hari,...awal2 mmg x best tp lama2 aku jadi ketagih nak minum,...hehehe


haaa yang ni aku minum time wekend ja,..mau tau laa klu dia sakit perut detoks tu,..tapi pueh hati laa dia detoks dalam badan kita,..




ok last2 skali klu ada yang terbaca pasal atkins ni,....aku baru beginner untuk diet atkins dan aku tulis ni berdasarkan pengalaman aku 2 minggu buat induction memang ada perubahan.

banyak songeh aku kali ni,...ya laaa lama tak menghupdate,...ya laaa aku mana popular pun,... aku update bloh ni mcm aku x dak gheja len nak buat,..report praktikal dok memanggil2,..arghhhh stresss semua ni,...



Assalamualaikum,...


#prayforMH17
#prayforMH370
#prayforgaza
#prayforourparents