Wednesday, 12 March 2014

MUSIM PANAS



Musim panas yang melanda negara sejak Januari yang lepas sehingga kini akan dijangka berakhir pada pertengahan bulan ini berikutan perubahan monsun timur laut ke monsun barat daya, Maklumat ini dipastikan oleh Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Dr. Abu Bakar Mohamad Diah yang katanya juga hujan akan dijangka mula turun secara kerap kerap.


Banyak hidupan dan tanaman mula dahagakan air dan memohon supaya hujan akan turun dalam masa yang terdekat. Di fahamkan bahawa sepanjang tempoh musim kemarau ini banyak kebakaran yang berlaku yang melibatkan tanaman-tanaman di kebun, ladang dan juga sawad padi. Kebakaran ini sebenarnya bukan disebabkan oleh panas yang terlampau tetapi ianya adalah berpunca daripada sikap manusia sendiri yang mementingkan diri sendiri yang kadang-kadang menghisap rokok lalu dibuang sisa rokok itu di tempat yang kering lalu menyebabkan kebakaran cepat merebak kerana panas yang terlampau. Olehh yang disebabkan itu jugalah bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencatatkan bacaan yang tidak sihat sejak kebelakangan ini. 

Jadi di sini terdapat beberapa cara untuk memastikan kesihatan kita sentiasa terjaga semasa musim kemarau dan juga jerebu ini:

  • Minum air yang banyak sekurang-kurangnya 3 liter sehari supaya kita tidak berasa letih dan bertenaga sepanjang hari.
  • Sentiasa memakai "mask cover" untuk mengelak daripada pencemaran udara.
  • Mengambil vitamin C supaya kulit tidak kering juga menjaga kesihatan dalaman kita.
  • Makan makanan yang sihat dan seimbang dengan banyak mengambil sayur-sayuran dan juga buah-buahan yang mempunyai serat yang tinggi.

     














Akhir sekali, amalkanlah gaya hidup sihat dan sentiasa senyum selalu.   :) :) :)

Monday, 10 March 2014

TAN SRI ZETI AKHTAR AZIZ - Gabenor Negara



Sebagai assignment untuk Introduction to Writing
Sumber rujukan: Wikipedia

Profil diri
  • ·     Dilahirkan di Johor Bahru pada 27. 8. 1947. Ayahnya adalah Royal Professor Ungku     Aziz merupakan tokoh akademik Negara.
  • ·     Telah mendapat pendidikan awal di Assunta High School, Petaling Jaya pada tahun 1958
  • ·    Menyambung pelajaran pada peringkat Ijazah dalam bidang ekonomi di Universiti Malaya pada tahun 1970.
  • ·  Manakala beliau juga telah menyambung pelajarannya dalam bahagian ekonomi di University of Pennsylvania dan telah menerima Ijazah Kedoktoran dalam bidang Kewangan dan ekonomi antarabangsa.


Kerjaya
  • ·   Memulakan tugas sebagai penganalisis ekonomi untuk South-East Asia di Latihan bank pusat dan penyelidikan pusat dari tahun 1979 hingga 1984.
  • ·       Telah menjadi Timbalan pengurusi di bahagian ekonomi di Bank Negara Malaysia
  • ·      Pada tahun 2009 nama beliau telah dicatatkan sebagai salah seorang ketua bank pusat terbaik dunia di dalam majalah kewangan global.
  • ·     Kemudian pada tahun 2009 beliau telah dinobatkann menjadi Tokoh Maal Hijrah 1432H sempena Maal Hijrah.
  • ·     Pada 20 Mei 2011 beliay telahh dipilih sebagai salah seorang daripada 4 calon untuk mengetuai Tabung Kewangan Antarabangsa berprestij (IMF).
  • ·     Pada tahun 2013 beliau telah diberikan “gred A” di kalangan ketua-ketua bank-bank pusat untuk kali ke-10 oleh Majalah kewangan global.

·          

Berkongsi kejayaan beliau dimana dirinya sentiasa menghabiskan masanya dengan membaca setiap bahan bacaan mengenai kewangan, ekonomi, pembangunan kepimpinan dan pembangunan kendiri. Katanya juga setiap individu terutama golongan muda harus mempunyai rasa keinginan dan rasa ingin tahu yang berterusan bagi meningkatkan pengetahuan. 

Sunday, 9 March 2014

Buat permulaan sebagai amatur blogger

Assalamualaikum,.....

Buat pertama kalinya saya mencoretkan apa yang dirasa, dilihat, didengar kedalam penulisan blog pertama saya. 

Untuk situasi pada masa ini negara Malaysia telah digemparkan dengan kehilangan pesawat MH370 pada 8 MAC 2014. Pesawat adalah dari KLIA menuju ke destinasi BEIJING. Sehingga pada waktu sekarang ini usaha masih dijalankan. Banyak andaian yang cuba di ketengahkan tetapi hanya Allah sahaja yang mengetahui situasi dan keadaan sebenar. Sama-samalah kita mendoakan kesejahteraan dan senantiasa dilindungi oleh Allah swt. #prayforMH370 #prayforthem