Musim panas yang melanda negara sejak Januari yang lepas sehingga kini akan dijangka berakhir pada pertengahan bulan ini berikutan perubahan monsun timur laut ke monsun barat daya, Maklumat ini dipastikan oleh Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Dr. Abu Bakar Mohamad Diah yang katanya juga hujan akan dijangka mula turun secara kerap kerap.
Banyak hidupan dan tanaman mula dahagakan air dan memohon supaya hujan akan turun dalam masa yang terdekat. Di fahamkan bahawa sepanjang tempoh musim kemarau ini banyak kebakaran yang berlaku yang melibatkan tanaman-tanaman di kebun, ladang dan juga sawad padi. Kebakaran ini sebenarnya bukan disebabkan oleh panas yang terlampau tetapi ianya adalah berpunca daripada sikap manusia sendiri yang mementingkan diri sendiri yang kadang-kadang menghisap rokok lalu dibuang sisa rokok itu di tempat yang kering lalu menyebabkan kebakaran cepat merebak kerana panas yang terlampau. Olehh yang disebabkan itu jugalah bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencatatkan bacaan yang tidak sihat sejak kebelakangan ini.
Jadi di sini terdapat beberapa cara untuk memastikan kesihatan kita sentiasa terjaga semasa musim kemarau dan juga jerebu ini:
- Minum air yang banyak sekurang-kurangnya 3 liter sehari supaya kita tidak berasa letih dan bertenaga sepanjang hari.
- Sentiasa memakai "mask cover" untuk mengelak daripada pencemaran udara.
- Mengambil vitamin C supaya kulit tidak kering juga menjaga kesihatan dalaman kita.
- Makan makanan yang sihat dan seimbang dengan banyak mengambil sayur-sayuran dan juga buah-buahan yang mempunyai serat yang tinggi.
Akhir sekali, amalkanlah gaya hidup sihat dan sentiasa senyum selalu. :) :) :)
No comments:
Post a Comment