Sunday, 20 April 2014

Demam Denggi dan Pencegahan

Assalamualaikum,.....


Demam denggi sememangnya dikaitkan dengan nyamuk Aedes, nyamuk jenis ini akan menyerang kepada sesiapa sahaja. Denggi boleh meragut nyawa sekiranya kita tidak peka dengan keadaan sekeliling.

Masyarakat sekeliling hendaklah peka akan kewujudan penyakit virus yang dikenali sebagai demam denggi iaitu sejenis penyakit yang disebarkan oleh nyamuk Aedes betina. Penyakit tersebut adalah disebabkan oleh genus Flavirus. Pebagai tanda akan muncul kepada pesakit dimana virus tersebut akan terpendam di dalam badan pesakit dalam masa 3 hingga 14 hari sebelum wjujudnya tanda-tanda sedemikian.
Terdapat pelbagai tanda seseorang telah digigit oleh nyamuk Aedes seperti demam secara mengejut, ruam dan gatal-ratal, cirit birit, merasa loya, sakit kepala, sakit bahagian belakang biji mata, sakit perut, sakit otot dan sendi serta mengalami sakit pinggang yang teruk.
Kemudian, kita juga haruslah peka akan simptom demam denggi yang turut menjangkiti bayi atau pun kanak–kanak yang masih kecil iaitu seperti demam, batuk, hidung berair. Dan ruam kulit. Ibu bapa hendaklah memainkan peranan untuk memastikan anak-anak mereka berada dalam keadaan sihat sebagai langkah mencegah demam denggi yang amat mudah menular dikalangan kanak-kanak yang lebih kecil.
Selain itu, kanak-kanak yang berusia lebih besar turut mengalami tanda-tanda sama seperti yang dihidapi oleh golongan dewasa iaitu seperti demam panas, sakit kepala, ruam kulit bertompok merah dan putih serta sakit di bahagian mata belakang dan juga sendi. Antara simptom lain ialah mereka akan mengalami kurang selera makan, merasa loya, muntah, rasa lemah dan gatal di tapak kaki. Oleh yang demikian, adalah amat penting untuk mengetahui simptom tanda-tanda demam denggi untuk memastikan diri sentiasa terjamin dari semasa ke semasa. 







Seterusnya, sebagai langkah pencegahan yang boleh dilakukan adalah menutup semua tingkap dan pintu ketika waktu fajar dan senja. Hal ini kerana nyamuk dan serangga mudah untuk memasuki tumah pada ketika itu. Perkara yang terpenting adalah memastikan longkang yang terdapat disekeliling rumah sentiasa bersih kerana kekotoran akan memudahkan pembiakan nyamuk Aedes.
Antara cara pencegahan yang lain adalah memastikan anak-anak memakai pakaian baju lengan panjang dan seluar panjang apabila bermain di taman. Tambahan lagi, memakai pakaian warna cerah adalah lebih baik daripada pakaian yang berwarna gelap. Kaedah seterusnya ialah menggunakan penyembur berasaskan minyak serai untuk menghalau nyamuk dan memasang jaringan nyamuk pada setiap tingkap di dalam rumah.
Kesimpulannya, demam denggi boleh membahayakan kesihatan seseorang oleh itu kita hendaklah peka akan tanda-tanda Demam Denggi dan mengetahui cara untuk mencegahnya. Diharap melalui artikel ini ia dapat membantu kita mengenali serba sedikit sebanyak mengenai Demam Denggi.



#doauntukmuMH370
#prayforMH370
#prayforthem





Tuesday, 8 April 2014

Bunga Sakura Malaysia

Assalamualaikum,.....

Sekarang ni sangat hangat diperkatakan tentang musim bunga sakura Malaysia. Sememangnya banyak dan berwarna-warna sekiranya dilihat di kawasan sekitar UUM. Terdapat pelbagai 3 warna iaitu putih, merah jambu dan ungu (warna lain kurang pasti).... ;) ;)


Bukan setakat di UUM tetapi juga disepanjang lebuh raya menghala ke lebuh raya, kawasan sekolah dan merata lagi. Sungguh indah ciptaan tuhan...Subhanallah.

Dah seperti di Korea, rugi kalau terlepas untuk bergambar kenang-kenangan bersama pokok bunga sakura Malaysia ini. Pemandangan yang sangat cantik apabila melihat pokok-pokok ini tumbuh dengan berwarna-warni dan merimbun disepanjang jalan. Saya sempat melihat beberapa pasang suami-isteri yang baru berkahwin melakukan sesi fotografi luar (outdoor session) di pokok-pokok tersebut sekitar Alor Star. Sangat cantik dan sudah pasti gambar menjadi sangat cantik dan mesti menjadikan ianya momen atau kenangan yang sangat indah buat pasangan pengantin.


Beberapa keping gambar yang sempat di ambil.








Cantik sangat dan jangan lepaskan peluang untuk bergambar sebab jarang sekali kita dapat melihat keindahan seperti ini.


Dan akhir sekali jangan pernah untuk putus berdoa kepada semua krew dan penumpang MH370. Allah tahu di mana mereka cuma kita semua perlu berdoa untuk diberikan petunjuk.






#prayforMH370
#doabuatmuMH370
#prayforthem


Tiramisu Cake senang jerr

Assalamualaikum,......
Lama la jugak tak menghapdet blog ni,...hehehe cuma just nak berkongsi sket resepi yang aku suka buat sebagai seorang bujang,...hahahaha resepinya ialah,....jengjengjeng Tiramisu cake ala aku,...alahhh citarasa aku lahhhh. serius resepi ni mmg senang sbb x payah nak baked2 suma tu,...senang je nak wat,...jom tengok resepi,...hehehe


bahan-bahan

500 g cream cheese (guna philadelpha atau apa2 pun boleyyy)
sekotak whipping cream
3/4 susu pekat
2 - 3 pack biskut tiramisu/ladies fingers
sedikit serbuk koko
Serbuk Nescafe


Cara-cara la pulak
1. Putar cream cheese tadi tu sampailah kembang pastu baru masukkan whipping cream tu putar lagik then       masukkan susu (susu klu rasa x nak manis bleh kurangkan).
2. Bancuh nescafe dengan air panas dalam gelas then celupkan tiramisu/ladies fingers tu satu2 pastu  susun         lah dekat dalam bekas kek tu,...
3. Korang dah susun selapis tu masukkan adunan tadi atas lapisan dan ulang la proses tadi tu,...alaaahh             senang ja.
4. last skali pastikan adunan yang korang putar tadi tu ada kat atas skali sbb nak wat firnishing gituw,....
5. haaa sebagai firnishing amik serbuk koko ayakkan atas kek tersebut..
6. Masukkan dalam fridge (jgn letak dalam tempat beku lak kang x jadik) semalam la baru la bila esok pagi       korang terus ngap jer,....



Kisahnya kat sini aku tak sempat nak amek gambar sbb aku bukak2 peti ais keesokkan pagi nak ke tengahari dah abes tinggal suku ja,...anak buah aku dah ngap dengan perasaan yang tak bersalahnya,.....
soory morry,...


Selamat mencuba semua,...mesti jadik sbb x payah nak susah2 bake dalam oven tu ha,.....