Sekarang ni sangat hangat diperkatakan tentang musim bunga sakura Malaysia. Sememangnya banyak dan berwarna-warna sekiranya dilihat di kawasan sekitar UUM. Terdapat pelbagai 3 warna iaitu putih, merah jambu dan ungu (warna lain kurang pasti).... ;) ;)
Bukan setakat di UUM tetapi juga disepanjang lebuh raya menghala ke lebuh raya, kawasan sekolah dan merata lagi. Sungguh indah ciptaan tuhan...Subhanallah.
Dah seperti di Korea, rugi kalau terlepas untuk bergambar kenang-kenangan bersama pokok bunga sakura Malaysia ini. Pemandangan yang sangat cantik apabila melihat pokok-pokok ini tumbuh dengan berwarna-warni dan merimbun disepanjang jalan. Saya sempat melihat beberapa pasang suami-isteri yang baru berkahwin melakukan sesi fotografi luar (outdoor session) di pokok-pokok tersebut sekitar Alor Star. Sangat cantik dan sudah pasti gambar menjadi sangat cantik dan mesti menjadikan ianya momen atau kenangan yang sangat indah buat pasangan pengantin.
Beberapa keping gambar yang sempat di ambil.
Cantik sangat dan jangan lepaskan peluang untuk bergambar sebab jarang sekali kita dapat melihat keindahan seperti ini.
Dan akhir sekali jangan pernah untuk putus berdoa kepada semua krew dan penumpang MH370. Allah tahu di mana mereka cuma kita semua perlu berdoa untuk diberikan petunjuk.
#prayforMH370
#doabuatmuMH370
#prayforthem
No comments:
Post a Comment