Friday, 21 November 2014

Body Scrub DIY

Assalamualaikum,....

Hokay.....kali ni aku nak hupdate la pulak pembersih badan(hahaha ayat x bleh blah),..masa aku time praktikal klu aku boring aku mmg suka giler tgk web pinterest http://www.pinterest.com/ pendek kata pinterest mmg sentiasa terbuka kat desktop aku,..hahaha macam2 benda DIY ada kat dalam pinterest tu, nak tgk craft, wedding idea, food n baverage, diy scrub n macam2 laa,...type ja apa nak semua dia keluaq,...

bukan aku nak cerita pasal pinterest tu,...klu nak tgk pi klik kat link aku dah bg kat atas tu,...hahaha ni aku nak share la diy body scrub yang aku buat sendirik dengan bahan2 yang ada kat rumah,..ni semua sumber dari pinterest laaa,...hahaha...serius yg dijual mmg la best tp mahal jugak laa but why not klu kita ada bahan2 kat rumah terus jaa buat kan,...


Meh2 kita tgk bahan2 yang digunakan untuk buat body scrub juga boleh pakai kat muka ataupun face scrub laaa,... ni aku sukat agak2 4 kali guna camtu laa,...try2 dlu kan,...


5 tps of Sugar (nak pakai white/brown pun optional)
Extract Aloe Vera (aku amik lender2 dia ikut byk mana suka, aku masukkan dalam 1 tps)
1/4 tps of Olive oil
2/3 drop of Essential Oil (Lavender)>ikutlaa haruman apa yg ada kat rumah tu

Dah tu jaaa bahan2 dia,...campur sekali pastu hahhhh sental seluruh badan. okay untuk bahan yang aku guna tu mcm Aloe Vera ikut kita nak guna ekstrak apa,...contohnya boleh guna timun, tomato, lobak merah, teh hijau, coffee ke, chocalate ke ikut yg mana ada kat umah or yg mana mudah dan sesuai nak digunakan,..hehehe...aku try guna Aloe Vera (Lidah Buaya dlu sbb byk sgt dok tumbuh kat pasu depan umah aku tu)...

Lidah buaya ni dah mmg sah2 dah bagus kan utk kulit and byk digunakan utk tujuan kosmetik dan kesihatan,...antaranya:

Untuk kulit yang kering dan kusam
sebagai pelembap kulit
untuk luka-luka, gatal-gatal, ruam-ruam dsb.
untuk dibuat minuman dan makanan pun boleh,...
lain-lain tgk google laaa byk dia keluaq,..hahaha jgn marah


klu untuk kebaik berscrub pulak antaranya ialah:

untuk menjadikan kulit lembut, halus, licin, gebu dan sewaktu dengannya
menanggalkan sel2 mati atau daki yang degil kat badan tu
mengembalikan seri kulit kusam kerana atas sbb faktor peningkatan umur
menjadikan kulit sentiasa lembap
memperbaiki tekstur kulit
menghilangkan hitam2 dibahagian tersembunyi
menghindarkan bau badan dan peluh berbau
mengurangkan tekanan


Tadaaaa,...hahaha ni laaah hasilnya, kejap ja aku buat,...dan mmg hasilnya sgt2 laahh AWESOME!!! hampa mmg kena try,...aku sarankan jgn basahkan lg badan tu trus amek sapu kat seluruh badan termasuklah muka pastu bilas ngan air pastu baru sabun dan cuci muka seperti biasa...lepas tu barulaaa ampa rasa kelainan n keajaiban buat scrub sendirik,...emmm rasa2 cam nak jual jaaa,...hahhaa x payah laaa,....


Nin diaa hasil dia,...hakhakhak




p/s: jangan lupa menjaga kebersihan diri sbb Allah suka orang yang sentiasa bersih dan wangi,..tp ingat wangian dari perfume yang berlebihan akan mengundang perasaan yang bukan2,...hehehe harap faham la nooo,...


okay,...selamat mencuba ye!!!




#prayforourparents
#prayforbetterlife
#prayforMH370
#prayforMH17
#prayforgaza








Tuesday, 18 November 2014

Chicken Grill With Blackpaper

Assalamualaikum,...


Okayy2,....Aku tgh mood rajen nak menghupdate resepi yg aku buat masa kat umah time2 aku rajen masak la,...kira aku buat ni sesuka hati la asal boleh makan ja,...tajuk dia mcm sedap kan Chicken Grill with Blackpaper (nama x mau kalah) hahaha aku karang sendiri laa bg sedap sket nak baca,...jom maih kita tgk apa resepi campak2 yang aku bubuh.


Bahan-bahan sesuka hati

Ayam (x kesah la part mana, byk mana yg nak makan)
garam secukup rasa
sauce BBQ
sauce ABC
serbuk black paper
serbuk chilli
chilli flakes
mix herbs
minyak


Cara-cara la pulak kan

a. Okay senang ja ayam basuh elok2 la no,...letak la garam secukup rasa (bagi di sebati dulu) then baru la letak black paper, sauce BBQ, sauce ABC, serbuk chilli, chilli flakes, mix herbs semua tu.

b. lepas tu mak aku cakap kena letak minyak sket dalam tu supaya dia nak masakkan ayam kita tu masa tgh grill nanti dan juga supaya kurang melekat masa ayam tu dibakar...

c. okay dah gaul semua sebati,   x payah perap laa terus letak atas aluminium foil. jgn bungkus terus tau buka sket bahagian atas, then letak atas flat pan dengan api yang slow tutupkan dengan penutup periuk yang macam bentuk kubah tu supaya segala wap tu terkumpul dalam ayam tu bagi dia juicy gitu,...hehehe....

d. pastu pandai2 laaa nak tgk dia masak kan jgn bagi rentung dah laaa,...sbb aku ckp awal2 klu rentung sebb guna api yang besar alasan dia nak bg cepat masak...idea tu salah sama sekali...agak2 dalam 10-15 minit laa,..


Tadaaaaa,......hehehe!!!



Aku dah terliur2 dah ni,...hehehe

okaylahhh tu ja yg aku nak kongsi dari aku yang tak seberapa ni,...


p/s: Masak mengikut apa yg kita terasa nak makan,..kena masak jugak sbb kita perempuan,..hahahah




#prayforourparents
#prayforMH370
#prayforMH17
#prayforgaza
#prayforbetterlife

Monday, 17 November 2014

JOB SEEKERS

Assalamualaikum,..

Okay aku baru ja abes praktikal plus abes belajar,...for now is aku tengah tanam anggur kat depan rumah aku (klu betoi aku tanam kaya jugak la) tp aku juga tengah berperang untuk mencari kerja...banyak jugak yang aku apply menggunakan medium web pencari kerja yang mudah utk kita cari berapa banyak kerja yang ada, kat negeri mana, nak kerja yang mcmna semua ada sekarang ni. Nak dgn tak nak ja sekarang ni.

sebolehnya memang nak rehat dlu, nak release tension ke apa ka, tapi nasehat aku dalam masa yang sama memang kita kena cari terus kerja (maksud aku sambil2 dok tanam anggur ni).

okay klu aku rajen nanti aku hupdate la masakan yang aku dah try buat tapi tak terhupdate sebab aku malas,...hohohoho

Ni aku letak sket link sapa2 yang nak cari kerja cam aku:


                                                      http://myjobstreet.jobstreet.com.my/


http://www.maukerja.my/


hokey,...tiga2 yg diatas tu kena update resume mengenai diri hampa pastu baru laa review apa saja job yang ampa nak cari. cuma rajen ngan tak rajen ja,...

hokey semua pencari kerja macam aku,..selamat mencari kerja and gud luck




p/s: jgn memilih kerja,....kerja dlu lepas tu barulaa cari yang lebih elok




#prayforabetterlife
#prayforus
#prayforMH370
#prayforMH17
#prayforgaza

Thursday, 30 October 2014

Diet oooiii

Assalamualaikum,.....

Lama tak menghupdate kat blog ni,..Al-maklumlah aku tgh busy praktikal. sedar tak sedar dah nak abes dah praktikal pun,... byk benda baru yang aku belajar kat tempat tu,..Klu tanya best kat aku???emmmm besa2 ja,...ala adatlaaa klu jadik budak praktikal,...

Tapi bukan tu yang cuba aku nak bagitau,...hahaha yang aku nak bagitau adalah berkaitan dengan salah satu diet yang boleh dikatakan popular la sekarang ni iaitu DIET ATKINS.. yang mana atkins ni diet dia tak boleh ambik benda karbohidrat macam nasi (ofkoz la kan), spaghetti (even karbo rendah tetap x bleh) apatah lagi mee, bihun, ko teaw,dan seangkatan dgn sia laaahh,... kemudia benda bertepung macam kueh-mueh, kek, roti, dan segala yang bertepung dan beryis perlu dielakkan. haaahhh nak makan apa??? ok satu lagi gula TIDAK BOLEH SAMA SEKALI. sbb gula ni terlalu cepat menyebabkan kita gemuk. sat gi aku attach apa yang boleh n tak boleh.

Ok yang keterangan diatas tu adalah dalam Fasa Induction atau fasa permulaan bagi beginner mcam aku. ianya dibuat dalam masa 2 minggu dan klu belum mencapai berat badan yang nak tu boleh terus sehingga 6 bulan atau lama mana laaa yang kita suka.

haaaa lagi satu segala jenis buah, benda berubi mcam kentang dan sewaktu dengannya adalah dilarang ok. 

Aku buat dlu masa sem last kat u seriusly mmg berkesan tp bila dok kat umah then time keja mmg susah sket....ye laaa klu kat u mmg aku kais pagi makan pagi, kais petang makan petang...dok umah tu macam kata laaa,...tapi aku tetap nasik tu cam seminggu sekali jaa la nii tu pun siket ja buat merasa,...tapi aku nak memang nak mula balik tapi aku perlukan kekuatan,....JOM la kita sama2 berdiet sbb niat aku nak sihat, nak cergas....InshaAllah


Semasa 2 Minggu Induction:
1.) Elakkan nasi, mi, mihun, laksa, laksang, spagetti, fettucini, vermicelli, kuew tiau dan yang sebangsa dengannya.
2.) Elakkan Roti, roti berserat, roti bun, roti boy, roti canai, roti jala, roti bakar, roti pastries dan apa-apa yang sebangsa dengannya.
3.) Elakkan Gula - gula pasir, gula melaka, gula merah, madu, gula-gula dan apa-apa yang bergula tinggi.
4.) Elakkan Buah-buahan (lepas 2 minggu baru makan berpada-pada).
5.) Elakkan minuman bergula, jus buah-buahan, air bergas (coke, Pepsi, 100plus, etc), kurangkan pengambilan kopi!
6.) Elakkan snek seperti Twisties, biskut manis, nachos, popcorn, jeruk manis.
7.) Elakkan segala bentuk kacang untuk 2 minggu.
8.) Elakkan makanan berproses seperti kentang goreng, bebola ikan, bebola sotong.
9.) Elakkan makanan bertepung seperti kek, biskut, kuih-muih.
Boleh Makan:
1.) Ayam - panggang, steam, bakar, sup, satay, digoreng tanpa tepung.
2.) Semua ikan - sama macam ayam, boleh grill, steam, goreng tanpa tepung. Tak kira ikan salmon, pari, tenggiri, terubok, ikan bilis.
3.) Semua daging - rusa, lembu, kambing - buat steak, satay grill, sup ekor, daging bakar, disalai... asalkan halal.
4.) Udang - bakar, tomyam, goreng dengan cili boh. Elakkan sotong kerana karbohidrat tinggi.
5.) Sayur, terutamanya sayur hijau. Kurangkan lobak merah, elakkan kentang. Lagi hijau, lagi bagus, macam sawi, bayam, salad, timun.
6.) Keju jenis cheddar, mozarella, parmesan. Limit kepada 2-3 keping sehari.
7.) Air kosong, air mineral -minum 8 gelas atau lebih sehari untuk elakkan sembelit.
8.) Burger? Buang roti bun atas dan bawah, makan daging burger dengan sayur dan mayonis kat dalam je...
9.) Pizza? Makan topping sahaja.
10.) Makan supplement dan vitamin seperti spirullina dan multi-vitamins untuk menambahkan lagi tenaga dan kuatkan daya ketahanan badan.


haaa telur mmg penting sebab dia bagi tenaga,...makan la nk makan satu tray sehari pun,..tapi kena pandai2 la buat resepi kan takkan la nak makan telor rebus hari2 kan x syok la,..jadi pelbagaikan laa...




tu terang-terangan laaa x boleh makan benda yang berkarbo,...jelaskan rujuk kat atas yang boleh makan n tak boleh makan.



ya laaaa kena geleng kepala kata x mau,...huhuhu



ya memang betul,...kata-kata ni mmg mendalam bukan sahaja utk nak diet ja tapi untuk kehidupan kita,..kita tak boleh mengalah dan cuba untuk belajar susah dan InshaAllah ada jalan kesenangan buat kita. 

ok teh hijau jgan lupa minum sbb memng byk khasiat dia,...yang tu aku cerita time lain laa sat gi ampa x larat nak baca pulak...alaaaa google kan adooo,... teh hijau ni aku minum sebelum tidoq n setiap hari,...awal2 mmg x best tp lama2 aku jadi ketagih nak minum,...hehehe


haaa yang ni aku minum time wekend ja,..mau tau laa klu dia sakit perut detoks tu,..tapi pueh hati laa dia detoks dalam badan kita,..




ok last2 skali klu ada yang terbaca pasal atkins ni,....aku baru beginner untuk diet atkins dan aku tulis ni berdasarkan pengalaman aku 2 minggu buat induction memang ada perubahan.

banyak songeh aku kali ni,...ya laaa lama tak menghupdate,...ya laaa aku mana popular pun,... aku update bloh ni mcm aku x dak gheja len nak buat,..report praktikal dok memanggil2,..arghhhh stresss semua ni,...



Assalamualaikum,...


#prayforMH17
#prayforMH370
#prayforgaza
#prayforourparents




Wednesday, 9 July 2014

Congo Bar Cik Adeq

Assalamualaikum,....

Lama rasanya aku tak menhupdate blog ni,....memang sangat-sangat lah berhabuk teroks,..sementara nak tunggu sahur aku mengrajenkan diri aku ni yg sedia tak rajen ni nak hupdate bagi hampa baca,...

resepi kali ni mudah la bagi aku tu sebab aku buat,....hehehehe...pastu mmg jadik trending kot,....Jom Usha!!!

CONGO BAR CIK ADEQ

Bahan-Bahan
 
150 gm butter
315 tepung gandum*  
1/2 garam*              
2 1/2 baking powder* 
320gm gula perang (kalau lebih sngt manis)
3 bijik telur
1sudu kecik esen vanila 
250 gm chocolate chips
50 gm kepingan badam
Kit kat, M&M ---->tambah sendiri,...hehehe


Sebanaqnya aku tak ikut sgt kadar nak masukkan bahan2 tu especially macam gula perang, terus terang cakap, aku kurangkan sampai jadik 200 gm sahaja,..lgpun tak elok manis2,...


Jom tengok step2 nak buatnya

1. bahan2 yang bertanda * kat atas tu mesti diayak terlebih dahulu dan ketepikan


2. then mix butter, n gula perang dan putar cam gambar bawah ni



3. putar sampai lahh jadik larut



4. dah larut tu masukkan telur one by one putar sampai sebati diikuti masuk esen vanilla

5. kemudian keluarkan dari mixer and masukkan tepung yang diayakkan tadi dan kacau sebati, setelah itu masukkan lahh segala bahan2 lain seperti : chocolate chip, badam, kit kat, M&M suma tu,..tak payah la nak ikut sukatan sngt, tpi jgnlah terlalu nak letak banyak sangat,..pandai2 lah adjust,...

6. dah sebati semua, amik loyang yang ketebalan dia 13x9 griskan dgn butter sket dalam loyang pastu tak nak dia melekat, letak baking paper atas dulang tu

7. pastu bakar la selama 30 minit dengan 170 darjah celcius,....

8. nilahhh rupanya bila masakkk,....waktu ni tak sabaq nak merasa,....hehehehe




hehehe,...selamat mencoba-coba,......sekian,...Assalamualaikum



#projekjannur11
#prayforMH370
#prayforGAZA

Sunday, 20 April 2014

Demam Denggi dan Pencegahan

Assalamualaikum,.....


Demam denggi sememangnya dikaitkan dengan nyamuk Aedes, nyamuk jenis ini akan menyerang kepada sesiapa sahaja. Denggi boleh meragut nyawa sekiranya kita tidak peka dengan keadaan sekeliling.

Masyarakat sekeliling hendaklah peka akan kewujudan penyakit virus yang dikenali sebagai demam denggi iaitu sejenis penyakit yang disebarkan oleh nyamuk Aedes betina. Penyakit tersebut adalah disebabkan oleh genus Flavirus. Pebagai tanda akan muncul kepada pesakit dimana virus tersebut akan terpendam di dalam badan pesakit dalam masa 3 hingga 14 hari sebelum wjujudnya tanda-tanda sedemikian.
Terdapat pelbagai tanda seseorang telah digigit oleh nyamuk Aedes seperti demam secara mengejut, ruam dan gatal-ratal, cirit birit, merasa loya, sakit kepala, sakit bahagian belakang biji mata, sakit perut, sakit otot dan sendi serta mengalami sakit pinggang yang teruk.
Kemudian, kita juga haruslah peka akan simptom demam denggi yang turut menjangkiti bayi atau pun kanak–kanak yang masih kecil iaitu seperti demam, batuk, hidung berair. Dan ruam kulit. Ibu bapa hendaklah memainkan peranan untuk memastikan anak-anak mereka berada dalam keadaan sihat sebagai langkah mencegah demam denggi yang amat mudah menular dikalangan kanak-kanak yang lebih kecil.
Selain itu, kanak-kanak yang berusia lebih besar turut mengalami tanda-tanda sama seperti yang dihidapi oleh golongan dewasa iaitu seperti demam panas, sakit kepala, ruam kulit bertompok merah dan putih serta sakit di bahagian mata belakang dan juga sendi. Antara simptom lain ialah mereka akan mengalami kurang selera makan, merasa loya, muntah, rasa lemah dan gatal di tapak kaki. Oleh yang demikian, adalah amat penting untuk mengetahui simptom tanda-tanda demam denggi untuk memastikan diri sentiasa terjamin dari semasa ke semasa. 







Seterusnya, sebagai langkah pencegahan yang boleh dilakukan adalah menutup semua tingkap dan pintu ketika waktu fajar dan senja. Hal ini kerana nyamuk dan serangga mudah untuk memasuki tumah pada ketika itu. Perkara yang terpenting adalah memastikan longkang yang terdapat disekeliling rumah sentiasa bersih kerana kekotoran akan memudahkan pembiakan nyamuk Aedes.
Antara cara pencegahan yang lain adalah memastikan anak-anak memakai pakaian baju lengan panjang dan seluar panjang apabila bermain di taman. Tambahan lagi, memakai pakaian warna cerah adalah lebih baik daripada pakaian yang berwarna gelap. Kaedah seterusnya ialah menggunakan penyembur berasaskan minyak serai untuk menghalau nyamuk dan memasang jaringan nyamuk pada setiap tingkap di dalam rumah.
Kesimpulannya, demam denggi boleh membahayakan kesihatan seseorang oleh itu kita hendaklah peka akan tanda-tanda Demam Denggi dan mengetahui cara untuk mencegahnya. Diharap melalui artikel ini ia dapat membantu kita mengenali serba sedikit sebanyak mengenai Demam Denggi.



#doauntukmuMH370
#prayforMH370
#prayforthem





Tuesday, 8 April 2014

Bunga Sakura Malaysia

Assalamualaikum,.....

Sekarang ni sangat hangat diperkatakan tentang musim bunga sakura Malaysia. Sememangnya banyak dan berwarna-warna sekiranya dilihat di kawasan sekitar UUM. Terdapat pelbagai 3 warna iaitu putih, merah jambu dan ungu (warna lain kurang pasti).... ;) ;)


Bukan setakat di UUM tetapi juga disepanjang lebuh raya menghala ke lebuh raya, kawasan sekolah dan merata lagi. Sungguh indah ciptaan tuhan...Subhanallah.

Dah seperti di Korea, rugi kalau terlepas untuk bergambar kenang-kenangan bersama pokok bunga sakura Malaysia ini. Pemandangan yang sangat cantik apabila melihat pokok-pokok ini tumbuh dengan berwarna-warni dan merimbun disepanjang jalan. Saya sempat melihat beberapa pasang suami-isteri yang baru berkahwin melakukan sesi fotografi luar (outdoor session) di pokok-pokok tersebut sekitar Alor Star. Sangat cantik dan sudah pasti gambar menjadi sangat cantik dan mesti menjadikan ianya momen atau kenangan yang sangat indah buat pasangan pengantin.


Beberapa keping gambar yang sempat di ambil.








Cantik sangat dan jangan lepaskan peluang untuk bergambar sebab jarang sekali kita dapat melihat keindahan seperti ini.


Dan akhir sekali jangan pernah untuk putus berdoa kepada semua krew dan penumpang MH370. Allah tahu di mana mereka cuma kita semua perlu berdoa untuk diberikan petunjuk.






#prayforMH370
#doabuatmuMH370
#prayforthem


Tiramisu Cake senang jerr

Assalamualaikum,......
Lama la jugak tak menghapdet blog ni,...hehehe cuma just nak berkongsi sket resepi yang aku suka buat sebagai seorang bujang,...hahahaha resepinya ialah,....jengjengjeng Tiramisu cake ala aku,...alahhh citarasa aku lahhhh. serius resepi ni mmg senang sbb x payah nak baked2 suma tu,...senang je nak wat,...jom tengok resepi,...hehehe


bahan-bahan

500 g cream cheese (guna philadelpha atau apa2 pun boleyyy)
sekotak whipping cream
3/4 susu pekat
2 - 3 pack biskut tiramisu/ladies fingers
sedikit serbuk koko
Serbuk Nescafe


Cara-cara la pulak
1. Putar cream cheese tadi tu sampailah kembang pastu baru masukkan whipping cream tu putar lagik then       masukkan susu (susu klu rasa x nak manis bleh kurangkan).
2. Bancuh nescafe dengan air panas dalam gelas then celupkan tiramisu/ladies fingers tu satu2 pastu  susun         lah dekat dalam bekas kek tu,...
3. Korang dah susun selapis tu masukkan adunan tadi atas lapisan dan ulang la proses tadi tu,...alaaahh             senang ja.
4. last skali pastikan adunan yang korang putar tadi tu ada kat atas skali sbb nak wat firnishing gituw,....
5. haaa sebagai firnishing amik serbuk koko ayakkan atas kek tersebut..
6. Masukkan dalam fridge (jgn letak dalam tempat beku lak kang x jadik) semalam la baru la bila esok pagi       korang terus ngap jer,....



Kisahnya kat sini aku tak sempat nak amek gambar sbb aku bukak2 peti ais keesokkan pagi nak ke tengahari dah abes tinggal suku ja,...anak buah aku dah ngap dengan perasaan yang tak bersalahnya,.....
soory morry,...


Selamat mencuba semua,...mesti jadik sbb x payah nak susah2 bake dalam oven tu ha,.....

Wednesday, 12 March 2014

MUSIM PANAS



Musim panas yang melanda negara sejak Januari yang lepas sehingga kini akan dijangka berakhir pada pertengahan bulan ini berikutan perubahan monsun timur laut ke monsun barat daya, Maklumat ini dipastikan oleh Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Dr. Abu Bakar Mohamad Diah yang katanya juga hujan akan dijangka mula turun secara kerap kerap.


Banyak hidupan dan tanaman mula dahagakan air dan memohon supaya hujan akan turun dalam masa yang terdekat. Di fahamkan bahawa sepanjang tempoh musim kemarau ini banyak kebakaran yang berlaku yang melibatkan tanaman-tanaman di kebun, ladang dan juga sawad padi. Kebakaran ini sebenarnya bukan disebabkan oleh panas yang terlampau tetapi ianya adalah berpunca daripada sikap manusia sendiri yang mementingkan diri sendiri yang kadang-kadang menghisap rokok lalu dibuang sisa rokok itu di tempat yang kering lalu menyebabkan kebakaran cepat merebak kerana panas yang terlampau. Olehh yang disebabkan itu jugalah bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencatatkan bacaan yang tidak sihat sejak kebelakangan ini. 

Jadi di sini terdapat beberapa cara untuk memastikan kesihatan kita sentiasa terjaga semasa musim kemarau dan juga jerebu ini:

  • Minum air yang banyak sekurang-kurangnya 3 liter sehari supaya kita tidak berasa letih dan bertenaga sepanjang hari.
  • Sentiasa memakai "mask cover" untuk mengelak daripada pencemaran udara.
  • Mengambil vitamin C supaya kulit tidak kering juga menjaga kesihatan dalaman kita.
  • Makan makanan yang sihat dan seimbang dengan banyak mengambil sayur-sayuran dan juga buah-buahan yang mempunyai serat yang tinggi.

     














Akhir sekali, amalkanlah gaya hidup sihat dan sentiasa senyum selalu.   :) :) :)

Monday, 10 March 2014

TAN SRI ZETI AKHTAR AZIZ - Gabenor Negara



Sebagai assignment untuk Introduction to Writing
Sumber rujukan: Wikipedia

Profil diri
  • ·     Dilahirkan di Johor Bahru pada 27. 8. 1947. Ayahnya adalah Royal Professor Ungku     Aziz merupakan tokoh akademik Negara.
  • ·     Telah mendapat pendidikan awal di Assunta High School, Petaling Jaya pada tahun 1958
  • ·    Menyambung pelajaran pada peringkat Ijazah dalam bidang ekonomi di Universiti Malaya pada tahun 1970.
  • ·  Manakala beliau juga telah menyambung pelajarannya dalam bahagian ekonomi di University of Pennsylvania dan telah menerima Ijazah Kedoktoran dalam bidang Kewangan dan ekonomi antarabangsa.


Kerjaya
  • ·   Memulakan tugas sebagai penganalisis ekonomi untuk South-East Asia di Latihan bank pusat dan penyelidikan pusat dari tahun 1979 hingga 1984.
  • ·       Telah menjadi Timbalan pengurusi di bahagian ekonomi di Bank Negara Malaysia
  • ·      Pada tahun 2009 nama beliau telah dicatatkan sebagai salah seorang ketua bank pusat terbaik dunia di dalam majalah kewangan global.
  • ·     Kemudian pada tahun 2009 beliau telah dinobatkann menjadi Tokoh Maal Hijrah 1432H sempena Maal Hijrah.
  • ·     Pada 20 Mei 2011 beliay telahh dipilih sebagai salah seorang daripada 4 calon untuk mengetuai Tabung Kewangan Antarabangsa berprestij (IMF).
  • ·     Pada tahun 2013 beliau telah diberikan “gred A” di kalangan ketua-ketua bank-bank pusat untuk kali ke-10 oleh Majalah kewangan global.

·          

Berkongsi kejayaan beliau dimana dirinya sentiasa menghabiskan masanya dengan membaca setiap bahan bacaan mengenai kewangan, ekonomi, pembangunan kepimpinan dan pembangunan kendiri. Katanya juga setiap individu terutama golongan muda harus mempunyai rasa keinginan dan rasa ingin tahu yang berterusan bagi meningkatkan pengetahuan. 

Sunday, 9 March 2014

Buat permulaan sebagai amatur blogger

Assalamualaikum,.....

Buat pertama kalinya saya mencoretkan apa yang dirasa, dilihat, didengar kedalam penulisan blog pertama saya. 

Untuk situasi pada masa ini negara Malaysia telah digemparkan dengan kehilangan pesawat MH370 pada 8 MAC 2014. Pesawat adalah dari KLIA menuju ke destinasi BEIJING. Sehingga pada waktu sekarang ini usaha masih dijalankan. Banyak andaian yang cuba di ketengahkan tetapi hanya Allah sahaja yang mengetahui situasi dan keadaan sebenar. Sama-samalah kita mendoakan kesejahteraan dan senantiasa dilindungi oleh Allah swt. #prayforMH370 #prayforthem